Kembara Remaja BSS 2012

Urusetia yang ceria dan kompiten

Kembara Remaja BSS 2012

Muka peserta kena conteng di denda kerana tak dapat jawap soalan explorace

Kembara Remaja BSS 2012

Straching dan warming up sebelum memulakan explorace dan pendakian sejauh 5km ke Gunung Nuang

Kembara Remaja BSS 2012

Anjuran JawatanKuasa Penyelaras Penduduk di Gunung Nuang Mac 2012

Kembara Remaja BSS 2012

Masa untuk riang ria mandi sungai setelah mental dan fizikal "didera" oleh warden dan marshall.

Kembara Remaja BSS 2012

Anjuran JKPP BSS dan Pusat Khidmat DUN Sementa

Sunday, March 25, 2012

Alamat JKPP BSS

Haji Jailani Bin Dasuki ( PPC )

Pengerusi

Jawatan Kuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman

( Merangkap Ketua Kampung )

Tel No. 013 - 2192169

Wan Adnan Bin W. Ab. Rahman

Setiausaha Agung

Jawatan Kuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman

Tel No. 017 - 6957593

Alamat:

Jawatan Kuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman

No. 24, Jalan Sultan Abdul Samad 45B,

Bandar Sultan Suleiman,

42000 Pelabuhan Klang, Selangor D.E

Tel. No. 017 – 6957593

E-mail : jkppbss@yahoo.com

CARTA ORGANISASI


JAWATAN KUASA PENYELARAS PENDUDUK BANDAR SULTAN SULEIMAN

SENARAI PEGAWAI DAN AHLI JAWATAN KUASA.

PENAUNG : YB. PUAN RODZIAH BT. ISMAIL

PENASIHAT : PENGHULU MUKIM

PENGERUSI : TUAN HAJI JAILANI BIN DASUKI

TIMB. PENGERUSI : EN. RAZALI BIN AMAT

SETIAUSAHA AGUNG : EN. WAN ADNAN BIN W. AB. RAHMAN

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG : EN. ZULHADI BIN GHAZALI

BENDAHARI : EN. HARUN BIN HALID

AHLI JAWATAN KUASA :

1. USTAZ ABD. SAMAD BIN IBRAHIM ( PRF’NL )

2. EN. YEOP BAHARUDDIN BIN OTHMAN ( PKR )

3. EN. AZMAN BIN JAIS ( PKR )

4. EN. MOHD ZAINI BIN MD. HUSIN ( PKR )

5. EN. TAMRIN BIN MUHAMAD ( PAS )

6. EN.ZAINUDIN BIN SAPAR ( PPF4 )

7. EN. MUSTAFA BIN ZAKARIA ( PAS )

8. EN. NAGARAJAN A/L MANIAM ( INDIA )

9. PN. YAP SOOK PENG ( CINA )

10. EN. ZULKIFLI ABDULLAH ( NGO )

11. EN. MOHD.RAZALI BIN AB. GHANI

12. EN. AMINUDDIN ( MASJID )

13. EN. ISHAK BIN ABDUL TALIB ( KRT KC )

14. EN. WAN ISMAIL BIN W. MAT AMIN ( PPR2T )

15. EN. DAMANHURI BIN ISMAIL ( PP KC )

16. EN. ROZUAN BIN MOHD. NORDIN ( PP F2 )

17. EN. JISAM ( PEMUDA )

18. EN. MAT SARI BIN SIDEK ( PP F1 )

19. PN. MAZNAH ( WANITA )

VISI DAN MISI “ JKPPBSS “


1. Menjadi Jentera Induk Pentadbiran dan Pengurusan bagi seluruh Bandar Sultan Suleiman.

2. Menyatukan semua Pengurusan dan Pentadbiran Bandar Sultan Suleiman di bawah satu Pusat Pengurusan dan Pentadbiran dibawah kelolaan “ Jawatan Kuasa Penduduk Bandar Sultan Suleiman “.

3. Menjadi Nadi Jentera Pengerak dan Pemangkin Pembangunan Bandar Sultan Suleiman.

4. Menjadi Badan Penghubung dan Perantara Pusat Tempatan dengan Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan lain-lain.

5. Menjadi Jentera Penyatuan Masyarakat berbilang kaum dan etnik.

6. Menjadikan Jawatan Kuasa Penduduk satu “ Majlis “ Pengurusan Ekonomi yang efisyen untuk rakyat dan pembangunan Bandar Sultan Suleiman.

7. Berfungsi dan Bertindak seperti Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) bagi Bandar Sultan Suleiman.

8. Majlis yang menyelesaikan masalah dan kehendak rakyat serta pelaksana segala keperluan rakyat.

9. Majlis Kepimpinan Tempatan.

10. Menjadi Mata dan Telinga Kerajaan dan Agensi-agensi berkaitan.

11. Mengurus dan Menyelia Hal Ehwal Keselamatan dan Kebajikan Tempatan.

12. Menjadi Jentera Pengerak Utama bagi segala aktiviti dan gerak kerja social dam kemayarakat bagi semua golongan masyarakat.

KRONOLOGI PEMBENTUKAN “ JKPPBSS “


Sebelum ini tidak pernah ujud sebarang Jawatan Kuasa Induk yang bertindak bagi mengurus dan mentadbir segala urusan pembangunan kebajikan dan ekonomi rakyat Bandar Sultan Suleiman. Ianya dahulu bernaung dibawah kelolaan Ketua Bahagian UMNO yang diberi kuasa otonomi oleh Kerajaan BN Negeri untuk mengerakkan segala urusan di Bandar Sultan Suleiman. Segala pengurusan, pentadbiran dan perlaksanaan yang dilaksanakan bersifat pilih kasih, menindas dan kronisma.

Selepas Kerajaan Pakatan rakyat berjaya menerajui Negeri Selangor dalam PRU 12 lalu, kami seluruh jentera PKR Bandar Sultan Suleiman bersama PAS Cawangan ( Pakatan Rakyat BSS ) dan juga atas desakan rakyat Bandar Sultan Suleiman yang memuncak telah sepakat untuk membentuk satu “ Majlis/Badan “ yang bertindak sama seperti “ Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) “ untuk membuat perubahan segala kepincangan yang berlaku disini. Hasil kesepakatan Jawatan Kuasa PKR, PAS dan sokongan padu seluruh penduduk Bandar Sultan Suleiman maka terbentuk lah “ Jawatan Kuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman ( JKPPBSS ) “. Didalam JKPPBSS ini, Pengerusi JKPPBSS akan merangkap “ Ketua Kampung “.

Masyarakat BSS berpandangan JKPPBSS dapat memainkan peranan dalam melancar dan melicinkan segala gerak kerja Pengurusan dan Pentadbiran tempatan Bandar Sultan Suleiman, yang berada dibawah DUN Sementa dan Parlimen Kapar. Dalam pembentukan Ahli Jawatan Kuasa ianya akan mengabungkan semua perwakilan dari semua pihak uang ujud di Bandar Sultan Suleiman iaitu wakil parti politik, wakil-wakil persatuan penduduk, wakil kaum, wakil golongan professional, wakil institiusi agama, wakil kaum wanita dan lain-lain lagi.

Sayugia dengan itu, seluruh pihak yang ujud di Bandar Sultan Suleiman menyokong penuh terhadap pembentukan dan penubuhan JKPBSS ini. Disamping itu juga saya mengharapkan sokongan penuh YB terhadap dalam memberi kelulusan dan membantu menlancarkan urusan untuk mendapat pengiktirafan penuh pihak kerajaan negeri Selangor dan semua pihak yang berkaitan.

PENGENALAN BANDAR SULTAN SULEIMAN

Bandar Sultan Suleiman ( BSS ), Pelabuhan Klang asalnya adalah merupakan sebuah kawasan tebus guna paya bakau dan hutan air payau. Dahulunya ia dikenali sebagai Pelabuhan Selat Kelang Utara. Ia dikelilingi oleh Pelabuhan Utara, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Barat dan Bandar Klang menjadikan lokasi amat strategik. Ini ditambah pula dengan jaringan perhubungan yang baik melalui jalanraya, lebuhraya dan jalan keretapi.

Bandar Sultan Suleiman ( BSS ) merupakan sebuah bandar baru yang telah dibangunkan oleh PKNS sekitar tahun 1970an yang terletak berhampiran dengan sebuah Pelabuhan Utama Malaysia iaitu Pelabuhan Klang Utara. Ianya juga terletak didalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sementa, Parlimen Kapar. Taburan penduduk adalah sekitar 45,000 orang ( Warganegara Malaysia ). Majoriti komposisi penduduk adalah bangsa Melayu beragama Islam, selebihnya terdiri daripada bangsa India dan Cina. Kawasan ini dilimpahi Warga Asing ( Pekerja Asing ) yang terdiri dari warga Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan lain-lain lagi.

Bandar Sultan Suleiman keseluruhannya di urus tadbir oleh PKNS dan Majlis Perbandaran Klang. Pembangunan Bandar Sultan Suleiman merangkumi 4 ( Empat ) fasa yang berasingan seperti berikut : -

Fasa 1 - Lot Industri dan Kelab Golf

Fasa 2 - Rumah Pangsa Kos Sederhana ( 5 Tingkat ),

Rumah Teres Kos Rendah ( 2 Tingkat ), Rumah Kedai

( 2 Tingkat ) dan Kemudahan Awam.

Fasa 3 - Lot Industri

Fasa 4 - Pusat Bandar dan Pembangunan Bercampur.

Rumah-rumah kediaman dibina merangkumi rumah kos sederhana rendah dua tingkat, pangsapuri dan rumah teres satu dan dua tingkat. Perumahan yang dibina untuk penempatan penduduk berharga di antara RM 25,000 sehingga RM 200,000. Prasarana lain yang disediakan untuk kemudahan penduduk adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna MPK, Sekolah Rendah, Menengah dan Agama, padang bola dan lain-lain lagi.

Dibangunkan dilokasi yang strategik membuka dan memberi banyak peluang-peluang pekerjaan terutama dalam bidang perindustrian, perkilangan, pembuatan ditambah pula dengan pelabuhan yang menjana pendapatan Negara menyebabkan ekonomi menjadi tumpuan berbagai pihak. Ini menjadikan Bandar Sultan Suleiman sebagai penempatan yang berdaya saing.

Bagi masyarakat di Bandar Sultan Suleiman ini, penduduk kebanyakannya bernaung dibawah persatuan-persatuan penduduk yang berdaftar. Persatuan-persatuan penduduk tersebut adalah :-

1. Persatuan Penduduk Pangsapuri Fasa 1

2. Persatuan Penduduk Pangsapuri Fasa 2

3. Persatuan Penduduk Rumah Kos Sederhana Rendah 2 Tingkat

4. Persatuan Penduduk Fasa 4

5. Persatuan Penduduk Pangsapuri Kelompok Camar