Sunday, March 25, 2012

PENGENALAN BANDAR SULTAN SULEIMAN

Bandar Sultan Suleiman ( BSS ), Pelabuhan Klang asalnya adalah merupakan sebuah kawasan tebus guna paya bakau dan hutan air payau. Dahulunya ia dikenali sebagai Pelabuhan Selat Kelang Utara. Ia dikelilingi oleh Pelabuhan Utara, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Barat dan Bandar Klang menjadikan lokasi amat strategik. Ini ditambah pula dengan jaringan perhubungan yang baik melalui jalanraya, lebuhraya dan jalan keretapi.

Bandar Sultan Suleiman ( BSS ) merupakan sebuah bandar baru yang telah dibangunkan oleh PKNS sekitar tahun 1970an yang terletak berhampiran dengan sebuah Pelabuhan Utama Malaysia iaitu Pelabuhan Klang Utara. Ianya juga terletak didalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sementa, Parlimen Kapar. Taburan penduduk adalah sekitar 45,000 orang ( Warganegara Malaysia ). Majoriti komposisi penduduk adalah bangsa Melayu beragama Islam, selebihnya terdiri daripada bangsa India dan Cina. Kawasan ini dilimpahi Warga Asing ( Pekerja Asing ) yang terdiri dari warga Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan lain-lain lagi.

Bandar Sultan Suleiman keseluruhannya di urus tadbir oleh PKNS dan Majlis Perbandaran Klang. Pembangunan Bandar Sultan Suleiman merangkumi 4 ( Empat ) fasa yang berasingan seperti berikut : -

Fasa 1 - Lot Industri dan Kelab Golf

Fasa 2 - Rumah Pangsa Kos Sederhana ( 5 Tingkat ),

Rumah Teres Kos Rendah ( 2 Tingkat ), Rumah Kedai

( 2 Tingkat ) dan Kemudahan Awam.

Fasa 3 - Lot Industri

Fasa 4 - Pusat Bandar dan Pembangunan Bercampur.

Rumah-rumah kediaman dibina merangkumi rumah kos sederhana rendah dua tingkat, pangsapuri dan rumah teres satu dan dua tingkat. Perumahan yang dibina untuk penempatan penduduk berharga di antara RM 25,000 sehingga RM 200,000. Prasarana lain yang disediakan untuk kemudahan penduduk adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna MPK, Sekolah Rendah, Menengah dan Agama, padang bola dan lain-lain lagi.

Dibangunkan dilokasi yang strategik membuka dan memberi banyak peluang-peluang pekerjaan terutama dalam bidang perindustrian, perkilangan, pembuatan ditambah pula dengan pelabuhan yang menjana pendapatan Negara menyebabkan ekonomi menjadi tumpuan berbagai pihak. Ini menjadikan Bandar Sultan Suleiman sebagai penempatan yang berdaya saing.

Bagi masyarakat di Bandar Sultan Suleiman ini, penduduk kebanyakannya bernaung dibawah persatuan-persatuan penduduk yang berdaftar. Persatuan-persatuan penduduk tersebut adalah :-

1. Persatuan Penduduk Pangsapuri Fasa 1

2. Persatuan Penduduk Pangsapuri Fasa 2

3. Persatuan Penduduk Rumah Kos Sederhana Rendah 2 Tingkat

4. Persatuan Penduduk Fasa 4

5. Persatuan Penduduk Pangsapuri Kelompok Camar

4 comments:

Post a Comment