Sunday, March 25, 2012

KRONOLOGI PEMBENTUKAN “ JKPPBSS “


Sebelum ini tidak pernah ujud sebarang Jawatan Kuasa Induk yang bertindak bagi mengurus dan mentadbir segala urusan pembangunan kebajikan dan ekonomi rakyat Bandar Sultan Suleiman. Ianya dahulu bernaung dibawah kelolaan Ketua Bahagian UMNO yang diberi kuasa otonomi oleh Kerajaan BN Negeri untuk mengerakkan segala urusan di Bandar Sultan Suleiman. Segala pengurusan, pentadbiran dan perlaksanaan yang dilaksanakan bersifat pilih kasih, menindas dan kronisma.

Selepas Kerajaan Pakatan rakyat berjaya menerajui Negeri Selangor dalam PRU 12 lalu, kami seluruh jentera PKR Bandar Sultan Suleiman bersama PAS Cawangan ( Pakatan Rakyat BSS ) dan juga atas desakan rakyat Bandar Sultan Suleiman yang memuncak telah sepakat untuk membentuk satu “ Majlis/Badan “ yang bertindak sama seperti “ Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) “ untuk membuat perubahan segala kepincangan yang berlaku disini. Hasil kesepakatan Jawatan Kuasa PKR, PAS dan sokongan padu seluruh penduduk Bandar Sultan Suleiman maka terbentuk lah “ Jawatan Kuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman ( JKPPBSS ) “. Didalam JKPPBSS ini, Pengerusi JKPPBSS akan merangkap “ Ketua Kampung “.

Masyarakat BSS berpandangan JKPPBSS dapat memainkan peranan dalam melancar dan melicinkan segala gerak kerja Pengurusan dan Pentadbiran tempatan Bandar Sultan Suleiman, yang berada dibawah DUN Sementa dan Parlimen Kapar. Dalam pembentukan Ahli Jawatan Kuasa ianya akan mengabungkan semua perwakilan dari semua pihak uang ujud di Bandar Sultan Suleiman iaitu wakil parti politik, wakil-wakil persatuan penduduk, wakil kaum, wakil golongan professional, wakil institiusi agama, wakil kaum wanita dan lain-lain lagi.

Sayugia dengan itu, seluruh pihak yang ujud di Bandar Sultan Suleiman menyokong penuh terhadap pembentukan dan penubuhan JKPBSS ini. Disamping itu juga saya mengharapkan sokongan penuh YB terhadap dalam memberi kelulusan dan membantu menlancarkan urusan untuk mendapat pengiktirafan penuh pihak kerajaan negeri Selangor dan semua pihak yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment