Saturday, March 17, 2012

Kembara Remaja BSS 2012


Pengenalan

Program ini merupakan Program Remaja yang berbentuk riadah, rekreasi, motivasi dan ilmiah. Program berbentuk aktiviti santai luar yang bertujuan memberi bimbingan agama dari segi spiritual, riadah ( Mendaki Gunung ), motivasi jati diri, pendidkan cintai alam semula jadi ciptaan allah, bimbingan agama ( akidah ) dan hukum hakam agama ( Solat & Menghormati Ibubapa ). Sasaran program ini adalah untuk mengurangkan isu-isu remaja sekarang. Ianya juga seiringan dengan seruan Kerajaan Pakatan Rakyat bagi melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai jati diri, kuat agama dan insan yang mempunyai semangat dan spitual yang kental. Program ini merupakan program Bina Insan tahunan 2012 JawatanKuasa Penyelaras Penduduk Bandar Sultan Suleiman yang dianjurkan bersama dengan Pihak Masjid As-Sa’adah, Pihak Sekolah dan Lembaga Zakat Selangor. Tujuan utama program ini dirangka adalah dengan tujuan membantu menangani isu-isu dan gejala negative remaja kini.


Sasaran Objektif

1. Merapatkan Hubungan Pihak JKPPBSS ( Ketua Kampung ), Pentadbiran Masjid As-Sa’adah,BSS, Pihak Sekolah dan Golongan Remaja setempat.
2. Menjalin hubungan silaturahim antara pihak wakil kerajaan, Masji, Sekolah dan Masyarakat.
3. Membentuk Amalan Tolong Menolong dan Bantu Membantu.
4. Menyahut seuan Kerajaan dalam mengarab misi keadilan social, kemakmuran dan keadilan dan persaudaraan rakyat bersama Pakatan Rakyat.
5. Membentuk Jalinan Kerjasama JKPPBSS, Masjid, Sekolah & Agensi Kerajaan.
6. Kearah Merakyatkan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
7. Program Menjurus Menangani Isu-Isu Remaja & Gejala Negatif.

Program telah dirasmikan oleh Penyelaras DUN Sementa iaitu Tuan Haji Bakir b. Abd. Wahab di Dewan Besar Masjid As-Saadah pada jam 8.30 pagi. Turut hadir sama meraikan majlis adalah Tuan Haji Jailani Dasuki, Pengerusi JKPP BSS, Encik Wan Adnan b. Wan Ab. Rahman, Setiausaha JKPPBSS dan Imam 1 Masjid As-Saadah, Tuan Hj Razak.

Program khusus untuk remaja ini merupakan program pertama kali di anjurkan oleh JKPP BSS. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Seramai 90 Remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun telah menyertai perkhemahan ini. Disamping itu pihak JKPP BSS tidak lupa menjemput penyertaan dari anak-anak yatim BSS yang ditanggung sepenuhnya oleh JKPP BSS.

Sebanyak 2 buah bas disediakan untuk membawa para peserta ke Tapak perkhemahan di Hutan Rekreasi Gunung Nuang, Batu 18, Hulu Langat, Selangor.

0 comments:

Post a Comment